Thursday, October 18, 2012

Mari Berpantun

"Pantun Beringat"

Anak siakap mencari makan
Berenang jauh bersama ibu
Mari adik kita jayakan
Mahu berjaya usaha perlu

Terbang jauh si anak punai
Riang gembira berterbangan
Janganlah adik jangan lalai
Ingatan guru jadi pegangan

Bunga raya bunga kebangsaan
Sangat cantik di guna Rajandras
Marilah adik mari bersukan
Badan sihat otak cerdas

Siang dan malam makan durian
Durian sedap durian Pak Ali
Ilmu dunia jadi pencarian
Ilmu akhirat ilmu hakiki

Berjalan ke hutan bersama Mei Ling
Sambil berjalan makan kuaci
Berkawanlah dengan orang sekeliling
Pasti hidup sentiasa dirahmati

Daun pandan baunya harum
Diguna untuk membuat bubur
Janganlah bangga terlalu kagum
Nanti kejayaan menjadi mundur

Terbang burung tinggi di atas
Terbang bersama si burung punai
Tumpukan perhatian di dalam kelas
Nescaya mudah ilmu dicapai

Menari Zapin di negeri Johor
Tarian warisan zaman berzaman
Elakkan diri jadi pengotor
Amalkan diri untuk kebersihan

19 Oktober 2012
SK Rajau Ensika
Simunjan
1035 pagi

No comments: