Thursday, August 13, 2009

Apa Konklusinya



Apa Konklusinya?

Apa konklusinya
Ayam bersabung mencari juara
Puak berpecah bermain lidah
Cakap belakang lontar sebarang
Mahu cari sepakat kata mereka
Kedustaan berleluasa sekali
Semua dusta jadi halal sekarang

Apa konklusinya
Pemimpin dipilih tunjuk belang
Bela rakyat ringankan beban katanya
Mahukan semua merasa nikmat
Bertelagah, bermasam duka kalian
Itukah namanya penyatuan? Perpaduan?
Salah pilih orang itulah padahnya

Tiada konklusinya
Musyawarrah, meja bulat hanya boneka
Fitnah , sumpah seranah berleluasa
Itulah gaya pimpinan pilihan rakyat
Sedangkan semua bijak pandai
Toleransi sukar sudah melekat dalam fikiran mereka
Kadangkala yang salah dipertahan
Yang benar terus tenggelam ditabur fitnah

Osman Zaini
IPGM KAMPUS SARAWAK
040809
0252 PETANG