Sunday, July 20, 2008

rakusnya manusia

manusia...
bila berbicara tentang manusia,banyak definisi dan perspektif tentang manusia pada hari ini. disekeliling kita sendiri pelbagai manusia, pelbagai perwatakan manusia dapat kita lihat pada zaman sakarang. kita bebas untuk memilih manusia semacam mana yang kita mahukan dan jadikan. kuasa ditangan kita. betul dan tepat keputusan kita, maka cemerlang dan selesalah sikap manusia dalam diri kita ini. manusia zaman sekarang makin rakus dengan kuasa, rakus dengan diri keegoaan, mahukan pangkat yang tinggi untuk kepuasan diri, menindas golongan yang lemah, harta kekayaan dibolot semua..itulah manusai hari ini. tiada lagi nilai kemanusiaan dalam diri mereka ini. manusia seperti ini umpama syaitan yang kelaparan kehausan mencari darah. manusia seumpama ini tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruk. saban hari manusai umpama ini wujud bagai cendawan selepas hujan yang memnyemburkan sporanya ke sekeliling serta membiakkan benihnya kepada semua. umpama inilah manusia baharu zaman tanpa sempadan tika ini. tiada lagi nilai moral, nilai kemanusiaan yang tertanda dalam hati sanubari mereka ini. mengapa semua ini terjadi??? manusia.. manusia yang bernama manusia sahaja yang berani dan mampu menjawab permasalahan dan kenegatifan ini.....

setiap manusia ada kelebihan

manusia...
bila berbicara tentang manusia,banyak definisi dan perspektif tentang manusia pada hari ini. disekeliling kita sendiri pelbagai manusia, pelbagai perwatakan manusia dapat kita lihat pada zaman sakarang. kita bebas untuk memilih manusia semacam mana yang kita mahukan dan jadikan. kuasa ditangan kita. betul dan tepat keputusan kita, maka cemerlang dan selesalah sikap manusia dalam diri kita ini. manusia zaman sekarang makin rakus dengan kuasa, rakus dengan diri keegoaan, mahukan pangkat yang tinggi untuk kepuasan diri, menindas golongan yang lemah, harta kekayaan dibolot semua..itulah manusai hari ini. tiada lagi nilai kemanusiaan dalam diri mereka ini. manusia seperti ini umpama syaitan yang kelaparan kehausan mencari darah. manusia seumpama ini tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruk. saban hari manusai umpama ini wujud bagai cendawan selepas hujan yang memnyemburkan sporanya ke sekeliling serta membiakkan benihnya kepada semua. umpama inilah manusia baharu zaman tanpa sempadan tika ini. tiada lagi nilai moral, nilai kemanusiaan yang tertanda dalam hati sanubari mereka ini. mengapa semua ini terjadi??? manusia.. manusia yang bernama manusia sahaja yang berani dan mampu menjawab permasalahan dan kenegatifan ini.....

Sunday, July 13, 2008

SELAMAT MEMBACA PUISI...

salam...
salam sastera kepada semua warga dan bangsa Malaysia..
selamat membaca hasil nukilan dan luahan rasa ini...
moga anda semua memahami dengan indah dan fahami isi patinya..
semuanya berkaitan diri semua kita...
jika ada sebarang komen, ulasan, respon, kritikan dan dorongan sila hantarkan sahaja "post" anda ke dalam "blog" saya ini...
terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda semua...

"MAJULAH SASTERA UNTUK SEMUA DAN SAMA - SAMA KITA TINGGIKAN MARTABAT BAHASA MELAYU YANG KITA CINTAKAN DAN SAYANGKAN"

antalogiku...

"SEJUJURNYA "

Sejujurnya sayang
Aku mencintaimu
Aku tiada yang lain sayang
Itu kata janjiku padamu

Sejujurnya sayang
Aku tetap menyayangi selamanya
Aku tetap menyintai sedalamnya
Aku tetap merindui satiap masa
Semuanya adalah untukmu sayang

Sejujurnya sayang
Memang diri ini pernah bersalah
Memang lidah ini berkata mudah
Namun engkau mesti ketahui
Hati, jiwa, diri dan jasad ini
Akan sentiasa menyintaimu selamanya

Sejujurnya sayang
Engkau tetap nombor satu dihati
Puteriku permaisuri jantung hatiku
Itulah engkau dalam hatiku ikhlasku ini
Ingatlah wahai kekasih hatiku
Engkau peneman hidup isteri tercinta
Selamanya kau dan aku dalam cinta suci ini

Jangan kau ragui cintaku padamu
Jangan kau sangsi hatiku ini padamu
Setiap masa, tika dan waktu
Hanya kau dalam hati sanubari
Takkan ada yang bisa merampas dirimu
Takkan ada yang berani mengganggu
Aku amat mencintaimu sayang ....
Ikhlas ku ini.... ZALIKHA.....

Osman Zaini
Perkampungan Penulis Sarawak 2008
Politeknik Mukah A1.24
27/06/08
11:49 pm



"Manusiawi "

Bertemu lagi
Tanganku mula berkarya
Hatiku mula bermadah
Fikiranku mula bergerak
Pandanganku
Pemerhatianku
Pengamatanku
Pada duniawi masa ini
Sekelilingku semua bercampur gaul
Ada resah
Ada duka
Ada derita
Adakalanya gembira
Adakalanya ceria
Tetapi ini semua bohong belaka
Diriku ini sukar menerima
Diriku ini bagai tiada percaya
Manusia ini rakus orangnya
Manusia ini tiada fikiran diotaknya
Bingung takut resah
Tatkala aku memikir insan manusia
Kini makin runsing fikiranku
Aku kelam
Aku hilang
Aku kelu
Mencari penyelasaian manusia antara manusia

Bertemu lagi
Mengapa manusia
Mengapa engkau binasakan manusia
Mengapa ???
Anak kecil tidak berdosa
Warga tua apa salah mereka
Wanita diperkosa diperdaya
Apakah nikmat membinasakan mereka??
Apakah rasa membiar mereka menderita??
Kuasa , darjat, tamak
Menyelubungi manusia
Manusia bertopeng palsu berhati batu
Umpama haiwan yang tiada berakal
Jiwa mereka meronta – ronta
Jiwa mereka bersorak – sorak
Lakukan kejahatan
Lakukan kehancuran
Manusia... manusia ....
Kembalilah ke asas manusia
Jiwa murni hati mulia
Jadilah manusia sempurna
Sempurna akal fikiran jiwa
Semai dengan kasih
Semai dengan sayang
Manusia.......

Osman Zaini
Perkampungan Penulis Sarawak 2008
Politeknik Mukah A1.24
27/06/08
11:35 pm




”Kita Bicara Lagi ”

Kita bicara lagi
Bicara tentang hati
Bicara tentang diri
Bukan kebohongan ku katakan
Bukan pendustaan ku luahkan
Hati ini telah berkata
Cintailah cinta yang menyintai kita
Cintailah kasih yang mengasihi kita
Setiap hati berbeda isinya
Setiap rohani berbeda keinginannya
Kasih yang dicurah bukan mainan
Hati yang didambar bukan paksaan

Kita bicara lagi
Cinta menyinta
Kasih mengasihi
Tujuan manusia duniawi
Tujuan hanya satu matlamat
Ikhlas, jujur, percaya, hormat
Prinsip diri amalan orang bercinta
Cintailah jiwanya
Cintai hatinya
Cintailah imannya
Cintai tulus ikhlas untuk agamanya
Cintainya lebih dari apa pun

Kita bicara lagi
Menyintai sesama manusia
Menyintai sesama jiwa
Biar luntur dunia sekalipun
Biar hancur kering air dilautan
Yakinlah cinta itu tidak akan pupus
Yakinlah cinta itu mekar selamanya
Cintai sedalam hatinya
Sedalam jiwa mencari sinar
Sedalam semangat berkobar – kobar
Cintai sepenuh jiwanya
Jangan didusta cinta pertama
Jangan dihancur impiannya

Kita bicara lagi
Kadang – kadang cinta menyakitkan
Kadang – kadang cinta memedihkan
Jangan difikir cinta sebegitu
Kerna cinta adalah rahmat
Kerna cinta adalah anugerah
Hadiah Illahi untukl semua umat
Untuk hidup gembira dibumi sejagat
Hayatilah cinta
Hayatilah isinya
Jagalah semuanya
Pasti kekal cinta dijanji semua
Pasti cinta abadi menunggu kita

Kita bicara lagi
Jika ditanya kepada air
Kemana alirnya
Jika ditanya kepada cahaya
Kemana sinarnya
Hanya satu jawapan
Hanya mencari cinta abadi
Yang sanggup mengorbankan
Sinarnya , alirannya
Begitu hebat kuasa cinta
Bila dua hati menjadi satu
Bila hati berpaut teguh
Bila jiwa bercantum erat
Maka wujudnya cinta
Cintailah cinta
Yang menyintai diri kita
Cinta sepenuh jiwanya


Osman Zaini
E005 IPS MIRI
10/05/08
11:54PM




"Jasamu "

Tanpa rasa jemu
Tanpa rasa penat
Tanpa rasa malu
Tanpa rasa sakit
Engkau terus membanting keringat
Engkau terus melontarkan suara
Demi anak bangsa merdeka
Demi negara indah tercinta
Penat lelah kau ketepikan
Segala kesulitan tidak kau hiraukan
Untuk anak didik mu ini
Engkau rela berkorban
Wang ringgit, keringat dan waktu terluang
Hanya untuk satu harapan
Harapan yang diertikan tangjungjawab
Harapan yang diertikan amanah
Yang dimana perlu dilaksanakan
Satu harapan satu tujuan
Hanya untuk melihat anak didik
Menggulung segulung kertas yang tinggi nilainya
Itulah kepuasan untuk insan bernama Guru
Terima kasih atas jasamu..........


Luahan minda,
Osman Zaini
IPS,MIRI
25/10/07
02.11 am




Ikhlas untukmu Puan Pengarah
Puan Hajah Zakiah Haji Omar
Mantan Pengarah Institut Perguruan Sarawak, Miri

"Wanita Ini"
Wanita ini
Cekalnya sanubari
Cekalnya hati
Menempuh rintangan setiap hari
Usia bukan penghalang
Jantina bukan alasan
Kakinya rancak menggerak cabaran
Jiwanya kental memikul beban
Mentari menyinar bermula harinya
Dikala senja turun bebannya ringan
Namun tidak mengenal erti penat lelah
Mencurah kudrat menggembleng tenaga
Tenaga diguna setiap masa
Hanya untuk berbakti kepada nusa dan bangsa

Wanita ini
Masanya dicurah untuk berbakti
Usianya berkhidmat sedia sejati
Hidupnya diabdi untuk Illahi
Perjalanan hidupnya penuh indah
Dipenuhi liku – liku cabaran
Dipenuhi tawa senyum manis bibirnya
Dipenuhi onak duri dugaan
Sabar dihati sentiasa diikuti
Segala sukar ditempuh penuh rela hati

Wanita ini
Pendidik yang tidak kenal erti penat lelah
Tanggungjawab diberi sentiasa dipenuhi
Disiplin yang tinggi, komitmen dan rajin
Itulah resepi kejayaan diri
Segalanya indah bersama dirimu
Segalanya bahagia gembira saat disisimu
Walaupun usia menjadi penghalang
Namun bukannya satu alasan
Wanita ini mampu melakukannya
Wanita ini gah jiwanya
Wanita ini kuat semangatnya
Wanita ini manis senyumannya

Terima kasih ibunda tercinta
Terima kasih atas pengorbanan
Terima kasih atas jasa dicurah
Akanku kenang ke akhir hayat
Terima kasih……

Cetusan hati:
Osman Zaini
IPSM
30/01/08
5.20 pm




Cetusan hati :
Osman Zaini

"Abadi "
Khas untukmu Encik Maurice Bilong Ingan ….

Kental jiwanya
Teguh hatinya
Gagah jasadnya
Bernas fikirannya
Walau dicurah pelbagai dugaan
Walau dibahunya memikul beban
Namun ...
Dilalui dengan penuh senyuman
Dilalui dengan penuh ketenangan
Tiada terlintas disanubarinya
Tiada terdetik disudut hatinya
Untuk tunduk mengalah
Lelaki ini kuat semangatnya
Jiwa, hati dan jasadnya
Dicurah untuk satu misi
Berkhidmat dan berbakti
Jasa dan pengorbanannya
Tetap utuh dihati ini
Menjadi kenangan indah pengubat hati
Kesungguhanmu mendidik anak ini
Kesungguhanmu membentuk insani
Satu amanah besar tidak terperi
Tetapi lelaki ini
Kental jiwanya sentiasa bersedia

Setiap masa, tenaga dan jiwanya
Dicurah untuk anak bangsa
Penat lelah tiada terasa
Kesungguhan jiwa, komited kerja
Itulah resepi kejayaannya
Usia bukan penghalang
Jiwa dan semangatmu
Masih mekar, utuh dan kental
Teruskan perjuangan
Teruskan kehidupan
Teguhkan matlamat yang tersemat
Doa dan semangat kami iringi bersama
Abadikan hidupmu dengan penuh gembira
Abadikan perjalananmu dengan penuh ketenangan
Terima kasih...
Ungkapan keramat lahir dari hati ikhlas
Terima kasih...
Senyuman ceria wajahmu kami semat
Jasa pengorbananmu kami ingat
Untuk kami abadikan selamanya.....

060308
12.47 am





“Pasti “

Dikegelapan malam begini..
Terasa dingin suram sekali
Mindaku jauh melayang
Teringatkan sesuatu
Sesuatu yang belum pasti kukecapi
Sesuatu yang mesti ku miliki
Waima aku terpaksa berkorban
Berkorban diriku dan segalanya
Aku harus tekadkan hati
Kuatkan diri ini
Walau apapun yang akan ku tempuhi
Aku harus sabar menghadapi
Dan aku berserah kepada Ilahi
Agar aku dapat mengecapi
Mengecapi apa yang aku hajati
Waima ia belum pasti
Tetapi ia tetap akan ku miliki

Luahan fikiran,
Osman Zaini
Ahad
09/01/05
01.50 pm




“ Duniaku “
Dunia…
Dahulu engkau sebuah taman
Taman keriangan dan keindahan
Dimana gelak tawa kedengaran
Anak – anak kecil berkeliaran
Warga emas kegembiraan
Tetapi kini semua itu tinggal kenangan
Zaman berganti zaman
Tahun berganti tahun
Engkau hancur, musnah, lenyap
Angkara makhluk bernama manusia
Manusia yang gilakan kehancuran
Gilakan peperangan, perselisihan
Kemana hilangnya semua
Kegembiraan??
Kebahagian??
Keamanan??
Kemana??
Segalanya telah musnah
Segalanya telah berubah
Tiada lagi dunia seperti dahulu
Ohhh...duniaku....


Luahan fikiran,
Osman Zaini
Pustaka Negeri Sarawak
08/01/05
08.47 pm




"Hujan "

Gumpalan hitam
Besar terapung di angkasa
Gumpalan hitam
Semakin besar tinggi jaraknya
Angin bertiup kencang
Menggegarkan semesta
Mengejutkan hidupan dunia
Semakin besar tidak keruan
Akhirnya pecah tiada hentinya
Turunnya ke bumi dinanti – nanti
Tumbuhan hijau riang sekali
Haiwan dan manusia tidak terkecuali
Gumpalan besar itu besar natijahnya
Itulah hujan
Kurnian nikmat Illahi

Z.H Osman
Kuching
26/11/07
6.27 pm




"Jasad Jaya "

Sebuah meja
Sebuah kerusi
Sebuah buku
Sebatang pen
Dan seorang manusia
Tunduk setia melihat ke meja
Jari jemari pantas bergerak
Jelingan mata pantas memandang
Bergerak mulut terkumat kamit
Memandang ke atas dan ke bawah
Otak ligat enjin fikiran bergerak
Menelaah sebuah kitab penentu hidup
Di baca betul, ikhlas dan tulus
Untuk bersua kertas yang genting
Jiwa resah terasa getir
Tetapi jasad ini terpaksa menghadapi
Waima apa pahit susah
Jasad yang gah ini
Pasti hadapi penuh tenang dan yakin
Berkat iringan doa rahmat semua
Manusia ini berada ditakhta cemerlang
Manusia ini berada di puncak gading
Menggenggam kemanisan kejayaan.

Z.H Osman
Pustaka Negeri
Kuching
17/11/07
6.27 pm

"Jasamu "

Tanpa rasa jemu
Tanpa rasa penat
Tanpa rasa malu
Tanpa rasa sakit
Engkau terus membanting keringat
Engkau terus melontarkan suara
Demi anak bangsa merdeka
Demi negara indah tercinta
Penat lelah kau ketepikan
Segala kesulitan tidak kau hiraukan
Untuk anak didik mu ini
Engkau rela berkorban
Wang ringgit, keringat dan waktu terluang
Hanya untuk satu harapan
Harapan yang diertikan tangjungjawab
Harapan yang diertikan amanah
Yang dimana perlu dilaksanakan
Satu harapan satu tujuan
Hanya untuk melihat anak didik
Menggulung segulung kertas yang tinggi nilainya
Itulah kepuasan untuk insan bernama Guru
Terima kasih atas jasamu..........


Luahan minda,
Osman Zaini
IPS,MIRI
25/10/07
02.11 am



"SETIAP UNTUKMU"

Setiap saat aku ingat padamu
Setiap minit fikiran hanya untukmu
Setiap jam hatiku tidak keruan
Setiap hari cintaku padamu mekar
Setiap minggu berdebar jantungku merinduimu
Setiap bulan ku dambar diriku untukmu
Setiap tahun....
Cintaku...
Sayangku....
Rinduku...
Pada dirimu mekar segar tak pernah pudar
Hanya untukmu dirimu hatimu ZALIKHA.......

Osmanz
18/04/08
Sabtu E005
02:45




"Jiwa "

Jiwa ini terasa
Bila jiwa ini terasa
Menjadi jiwa yang curiga
Adakalanya jiwa ini cukup sempurna
Adakalanya jiwa ini tiada gunanya
Jiwa yang kosong tiada makna
Jiwa yang penuh sarat intinya
Mengapakah jiwa perlu terasa??
Mengapakah jiwa perlu dirasa??
Jiwa yang lemah perlu dijaga
Jiwa yang kuat cekal hatinya
Setiap kita jiwa berbeda
Setiap jiwa jasadnya berbeza
Jiwa perlu iman diisi didada
Jiwa perlu pengisian ilmu segala
Membawa manusia ke pintu syurga

OSMAN Z
24/02/08
3.04 am




"Kembalikah "

Dunia ini
Adalah sesuatu yang indah sekali
Bagaikan ia hakiki
Untukku diduniawi
Untukku menikmati
Segala kemanisan hidup
Yang lamaku impikan
Adakah pudar atau cerah
Adakah bisa kekal abadi
Kedamaian yang kita bina ini
Akan kembalikah memori indah
Akan kembalikah kebahagian itu
Yang dibina sekian lama
Sekelip mata hancur punah
Atas kesilapan sendiri
Mengapakah harus begini
Hilang segalanya
Oh tuhan, kembalikan kedamaian itu
Demi kesejahteraan hambamu....

Luahan fikiran,
Osman Zaini
Rumahku
11.19 pm

"Salahku "

Memang salahku
Memberi seribu harapan
Memberi seribu nikmat
Kepada dirimu
Setiap masa dirimu bahagia
Adakalanya aku memberi duka
Biarkan semua kenangan
Biarkan semua pengalaman
Biarkan semua indah bahagia
Lupakan semua jadikan ingatan
Abadikan semua sebagai sejarah
Simpannya jauh dilubuk hatimu
Lupakan
Memang salahku
Membiarkan terus hanyut begini
Salahku memberi harapan
Aku lemah selama ini
Semuanya ketentuan Illahi
Kita hanya merancang
Maafkan diriku ini
Insan yang lemah

Osman Z
24/02/08
2.47 am

"Tempuhku Terus "


Bingung fikiran ini
Bingung jasadku ini
Ku terasa umpama penat
Penat dengan kehidupan nyata ini
Penat dengan semua didepan mata ini
Bisakah aku berasa demikian??
Bisakah aku mengalah rebah??
Tidak ...
Tidak mungkin manusia yang gah ini
Tidak mungkin fikiran waras ini
Aahh..
Semua ini akan ku lawan
Aku tidak boleh terus bingung
Aku tidak boleh duduk termenung
Aku tidak akan menyerah kalah
Semua itu cabaran dugaan
Mulakan langkahku dengan semangat
Mulakan langkahku dengan ligat
Aku mampu menentang semua penat
Tidak mungkin diri ini hilang semangat
Walau apa badai ku tempih
Walau apa onak ku renangi
Aku tetaplah aku
Insan yang tak akan menyerah kalah
Melawan dengan prinsip diri
Diri yang hina kurnia Illahi...

Osmanz
18/04/08
Sabtu E005
02:39 AM





Saturday, July 5, 2008

Sastera Untuk Kita...

salam semua...
sastera itu amat penting perspektifnya dalam jiwa dan diri setiap warga di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya...sastera itu umpama wadah dan santapan untuk nurani dan jiwa setiap kalangan kita. Jika tiada sastera umpama tiada roh yang meniup jiwa jasad yang bergerak ini. Sama-samalah kita mengerti....

Salam kepada semua....

alhamdullilah...syukur ke hadrat Allah SWT...
terciptanya blog ini maka dapatlah saya berkongsi apa yang tersemat di jiwa nurani ini...
moga kalian gembira dan mengerti luahan jiwa nurani ini...

Wassalamm....