Saturday, October 1, 2011

“Murid Itu… “

Kasihan...

Apabila melihat dia

Berambut kusut kering

Wajahnya sayu rendah diri

Bajunya lusuh kuning renyuk

Berkasut comot tanah melekat

Sedih hati ini melihatnya

Murid itu..

Terpancar diwajahnya kesulitan

Dirinya menunjukkan kesusahan

Kadang – kadang terukir senyuman dibibir

Tetapi kepahitan lebih dari kemanisan

Kasihan..

Kepompong kemiskinan belenggu dirinya

Menjadi kesukaran liku hidup

Hatinya membara merangkak ke gedung ilmu

Melihat temannya riang di sana

Prinsipnya mahu belajar mahu berjaya

Kasihan…

Cemburu membara melihat teman

Pakaian bersih cantik belaka

Tapi dia mengerti siapa dirinya

Apa yang termampu

Murid itu…

Ku doakan kejayaan padanya

Ku doakan kehidupan untuknya

Moga berubah nasib dirinya

Belajarlah demi satu kehidupan

Hanya ilmu pengubah nasibmu…

Luah rasa:

Osman Zaini

SK Pujut Corner Miri

Praktikum Fasa 3

Perhimpunan Sekolah

25042011

0745 pagi

No comments: