Tuesday, July 7, 2009

lamak dah sik masuk blog tok...





my cuti di kL dgn family bkal mentua..heheheh..sayang..aku cintakan kamu..

Friday, May 22, 2009

AKU RINDU.....


Biarlah gambar ini menceritakan segalanya...

Saturday, May 16, 2009

MINGGU PEPERIKSAAN DAN CUTI !!!


Terasa debaran di hati kerana peperiksaan akan menjelma tidak lama lagi.. tetapi tidak sabar juga mahu menghabiskan sahaja kerana musim cuti bakal bermula.. terasa kerinduan tatkala terkenangkan keluarga tercinta dan orang yang disayangi kekasih hati.. moga perjalanan peperiksaan berjalan lancar dan cuti ini membawa seribu makna dan kenangan bahagia bersama orang tersayang...

Friday, May 15, 2009

TERIMA KASIH CIKGU....

Ku dedikasikan kepada semua insan bernama GURU..tanpamu tiada aku menjadi MANUSIA seperti hari dan tika ini...

Jasamu


Tanpa rasa jemu
Tanpa rasa penat
Tanpa rasa malu
Tanpa rasa sakit
Engkau terus membanting keringat
Engkau terus melontarkan suara
Demi anak bangsa merdeka
Demi negara indah tercinta
Penat lelah kau ketepikan
Segala kesulitan tidak kau hiraukan
Untuk anak didik mu ini
Engkau rela berkorban
Wang ringgit, keringat dan waktu terluang
Hanya untuk satu harapan
Harapan yang diertikan tangjungjawab
Harapan yang diertikan amanah
Yang dimana perlu dilaksanakan
Satu harapan satu tujuan
Hanya untuk melihat anak didik
Menggulung segulung kertas yang tinggi nilainya
Itulah kepuasan untuk insan bernama Guru
Terima kasih atas jasamu..........


Luahan minda,
Osman Zaini
IPS,MIRI
25/10/07
02.11 am

" GURU PEMBINA NEGARA BANGSA "


SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK YANG BERGELAR GURU DISELURUH MALAYSIA. SEMOGA SEMUA USAHA PENDIDIK TANAHAIR MENJADI KENYATAAN DAN BERJAYA MEMBENTUK MODAL INSAN YANG MEMENUHI ASPIRASI NEGARA UNTUK MEMBENTUK SEBUAH MASYARAKAT NEGARA BANGSA. TERIMA KASIH CIKGU !!!!!

" Saya dari MALAYSIA suka HATI!!!"


Nyanyian yang membawa seribu makna kepada semua warga pendidik..

Wednesday, May 13, 2009