Tuesday, May 12, 2009

KURSUS KEPIMPINAN JPP ZON SARAWAK 2009

Lama sudah tidak membelek blog saya ini. Rasanya hampir seminggu tidak memberi curahan rasa dan intipati ini. Untuk pengetahuan semua, saya baharu sahaja balik dari menghadiri satu kursus yang memberi berjuta rasa dan makna dalam diri saya ini. Tanggal 10 Mei hingga 12 Mei 2009, Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)Peringkat Zon Sarawak anjuran IPGM Kampus Sarawak, Miri telah diadakan di Eastwood Valley Golf & Country Club. Kursus sepanjanga 3 hari 2 malam tersebut telah disertai oleh semua IPGM Zon Sarawak iaitu Kampus Sarawak Miri,Kampus Batu Lintang, Kampus Tun Abdul Razak dan Kampus Rajang. Objektif utama kursus ini diadakan adalah mempertemukan semua JPP seluruh Bumi Kenyalang dan berfikir, membuat resolusi dan seterusnya membawa permasalahan yang dihadapi semua guru pelatih di IPGM masing - masing dimana perkara ini akan dibawa ke persidangan kebangsaan pada Jun hadapan. Apa yang penting dalam kursus ini adalah kita mahukan tranformasi dan satu gelombang perubahan yang akan lebih menjadikan kehidupan kita di IPGM lebih selesa dan kondusif. Apa yang kita mahukan jga adalah hak kita yang mana kita tidak ketahui tetapi ia merupakan hak kita sebagai guru pelatih. Saya percaya selepas kursus ini melabuhkan tirainya, para YDP IPGM masing - masing akan bertindak lebih asertif dan radikal untuk melihat kejayaan kepimpinan yang telah dipertanggungjawabkan. Seharusnya kita perlu ingat, kita hidup di muka bumi ciptaan Tuhan ini telah dikurniakan dua pilihan iaitu kejayaan atau kegagalan..

No comments: