Saturday, May 9, 2009

" PELITA HIDUP "














salam sastera semua..
kini saya melangkah setapak lagi dalam sastera Melayu..
saya dalam usaha untuk menghasilkan karya iaitu skrip drama musikal. Hasilnya saya serba sedikit belajar dan mengenali apa itu drama musikal dan penghasilan skripnya. moga apa yang saya hasilakn ini akan dimanfaatkan sepenuhnya. Saya masih belajar dan bertatih dalam sastera ini.
Cerita yang bakal diutarakan ini adalah bertemakan tentang keilmuan. Pada masa kini zaman globalisasi ilmu adalah wahana yang cukup penting dan memberi manfaat kepada penghuni dunia ini. Ilmulah yang menjadi alat perpaduan, perhubungan dan kemajuan sesuatu bangsa. Tanpa ilmu dunia akan gelap dan kosong jiwa penghuninya. Ilmu dunia dan akhirat ibarat aur dengan tebing, tiada pemisah dan amat penting kedua –duanya. Kedua –duanya merupakan santapan jiwa nurani manusiawi.
Dalam teater ini membawa kita merenung dan berfikir sejenak serta muhasabah diri untuk memahami betapa pentingnya ilmu kepada “rupa paras “ kehidupan manusia di dunia. Jika ilmu tidak dicari, nescaya tidak akan datang bergolek ilmu mencari kita. Dalam teater musical “ Pelita Hidup” ini membawa kita meneroka cara hidup dan mentaliti masyarakat kampung dan fahaman mereka berkaitan ilmu. Bagaimana ilmu itu berfungsi dan perjalanan ilmu itu mempengaruhi kehidupan anak – anak mereka suatu hari nanti. “ Payung Hidup” mengisahkan hidup dan nasib Mamat dalam meniti alam remaja yang penuh pergolakan dan cabaran. Mamat sememangnya seorang yang mahu belajar dan cintakan ilmu terpaksa diberhentikan sekolah oleh ibu bapa kerana kemiskinan dan hidup umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Keluarga Mamat amat susah kerana tiada latar belakang pendidikan yang sempurna. Bapanya hanya bersekolah satakat tahun dua dan maknya tiada peluang untuk bersekolah. Jadi secara tidak langsung mempengaruhi mentaliti mereka mengatakan ilmu itu tidak penting dan membuang masa.
Itulah serba sedikit salam perkenalan dengan skrip yang saya hasilkan. Moga saya skrip dan cerita ini diterima untuk dipersembahkan dalam pertandingan drama Piala Ketua Menteri antara IPGM di Sarawak. Sama - samalah kita berdoa...

No comments: