Saturday, February 14, 2009

“saudara , mereka “

Terpaku minda
Terhantuk jiwa
Tiada lagi fikir mereka
Riang menyeksa anak kecil
Tawa melihat si dewasa terseksa
Jiwa mereka hitam
Dicemari virus mematikan hati
Mana pergi kemanusiaan ??
Mana pergi kesucian??
Hanya dendam terpahat dijiwa
Hanya darah mengalir suka mereka
Tatkala mereka gembira
Berjihad kata mereka
Saudara kita menderita
Saudara kita kehausan
Kelaparan , kepenatan
Menunggu sesama saudara berjuang
Hati saudara kita tabah
Hati saudara kita kental
Hak adalah hak
Tanah saudara milik saudara
Tapi mereka masih berdegil
Tanah itu hak mereka katanya

Perjuangan bermisi membunuh rancak
Perjuangan berteras zalim dirancang
Memang hati mereka batu
Memang kata mereka dusta
Terbukti sudah kerakusan mereka
Ratusan tahun mereka dibuang
Tiada tempat mereka di bumi
Saudara kita jangan berundur
Teruskan juang jihad di jiwa
Mantapkan iman tanam di dada
Kuatkan silaturrahim ikatan kalian
Jangan undur menyerah kalah
Hak adalah hak
Untukmu saudaraku.. Palestin

Luah rasa :
Osman Zaini
100209
0313 pm
E005
IPGM KAMPUS SARAWAK, MIRI

Monday, February 2, 2009

" TANAH PEJUANG"

TANAH PEJUANG
Jika diundurkan tika
Kau akan lihat masa dulu kala
Terlihat betapa pentingnya perjuangan
Terlihat betapa besar dan agung
Jasa dan keringat mereka taburkan
Wang, tenaga, masa dan fikiran
Hanya didambarkan untuk perjuangan
Satu perjuangan yng lahir dari jiwa
Satu perjuangan yang terbit dari naluri
Jiwa mereka perkasa
Jiwa mereka murni suci
Setiap langkah hanya untuk anak bangsa
Untuk lihat lahirnya negara bangsa
Perjuangan mesti diteruskan
Hanya itu jalan penyelesaian
Langkah kaki mesti dipercepat
Kerana itu cara perjuangan
Kelompok pimpinan diperkuat
Hati masyarakat semua ditambat
Perjuangan ini murni
Perjuangan ini suci
Hanya ingin satu kebebasan

Kita lihat tika ini
Bangsa kita bangsa merdeka
Separuh abad terpasak di dada dunia
Gah, juara digeruni seantero
Malaysia
Namamu melakar sejarah
Lagakmu mencabar
Kelibatmu ghairah
Sang negara dunia hati – hati denganmu
Resepi bercampur kaum
Serat isi inti dalamnya
Penuh dengan pelbagai rasa
Perpaduan utuh punca segala
Globalisasi dunia pemangkin utama
Namamu gah merentasi sempadan dunia
Ekonomi, teknologi kepakaran terbukti
Dihidang semua untuk bangsa dicintai
Merdeka separuh abad
Bukti keagungan bangsamu
Bukti kekuatan perpaduanmu
Anak bangsa untung menikmati
Dijaga rapi kemas merdeka ini
Untuk santapan cucu cicit
Untuk ingatan cerita nenek moyang
Merdeka sudah dianugerahi
Semat di jiwa simpan di hati
Merdeka ini anugerah Illahi..

OSMAN ZAINI
080808 09PM
E005 IPS,MIRI

Friday, January 9, 2009

SAKIT HATI

sakit hati..
pedih rasa hujung hati
apakah rasa membedil sesama manusiawi??
apakah rasa melontar peluru satu persatu??
apakah rasa mengebom sesuka hati??
apakah rasa kau celaka Yahudi??

sakit hati..
darah terpancul mengalir dimuka
mata berair bergenang diusap
anak kecil tiada dosa
kau bedil
kau serang
kau bunuh
ku rasa tiada manusia dalam dirimu
ku rasa hatimu memang batu
laknat umatmu Yahudi

sakit hati
tiada dosa mereka padamu
tiada salah mereka laku
hanya merasa kuasa pada dirimu
kau bunuh mereka??
kau tikam mereka??
kau sekat hidup mereka??
cuba kau rasa
keluargamu diperlakukan begitu

sakit hati
yahudi tiada mengenal budi
kau rampas tanah Palestin ini
kau bina angkuh sendiri
kau bina kuasa iktiraf sendiri
barisan rakan jahat sama berdiri

sakit hati
harus kau ingat tiba hari kau akan mengerti
apa rasa ditindas
apa rasa dizalim
apa rasa dibunuh
satu hari kuasa mu musnah
kuasa mu mati
lenyap bangsamu
tiada lain yang musnah
hanya dirimu Yahudi...

Luah rasa..
OSMAN ZAINI
IP SARAWAK, MIRI
090109
1248 PAGI
E005

Saturday, January 3, 2009

SALAM TAHUN BARU.....

salam sastera kepada semua..
tahun 2008 telah meninggalkan kita dengan beribu kenangan pahit dan manis..
tahun 2009 menjelma penuh harapan..hanya kepada kita membuat pilihan apakah intipatinya..kepada semua warga sastera semoga tahun ini membawa lembaran sinar yang indah dan penuh nikmat kepada semua..
TERUS KITA BERKARYA..
TERUS MINDA TERLUAH..
TERUS KEKAL KHAZANAH..
BAHASA DAN SASTERA...

Sunday, July 20, 2008

rakusnya manusia

manusia...
bila berbicara tentang manusia,banyak definisi dan perspektif tentang manusia pada hari ini. disekeliling kita sendiri pelbagai manusia, pelbagai perwatakan manusia dapat kita lihat pada zaman sakarang. kita bebas untuk memilih manusia semacam mana yang kita mahukan dan jadikan. kuasa ditangan kita. betul dan tepat keputusan kita, maka cemerlang dan selesalah sikap manusia dalam diri kita ini. manusia zaman sekarang makin rakus dengan kuasa, rakus dengan diri keegoaan, mahukan pangkat yang tinggi untuk kepuasan diri, menindas golongan yang lemah, harta kekayaan dibolot semua..itulah manusai hari ini. tiada lagi nilai kemanusiaan dalam diri mereka ini. manusia seperti ini umpama syaitan yang kelaparan kehausan mencari darah. manusia seumpama ini tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruk. saban hari manusai umpama ini wujud bagai cendawan selepas hujan yang memnyemburkan sporanya ke sekeliling serta membiakkan benihnya kepada semua. umpama inilah manusia baharu zaman tanpa sempadan tika ini. tiada lagi nilai moral, nilai kemanusiaan yang tertanda dalam hati sanubari mereka ini. mengapa semua ini terjadi??? manusia.. manusia yang bernama manusia sahaja yang berani dan mampu menjawab permasalahan dan kenegatifan ini.....

setiap manusia ada kelebihan

Sunday, July 13, 2008

SELAMAT MEMBACA PUISI...

salam...
salam sastera kepada semua warga dan bangsa Malaysia..
selamat membaca hasil nukilan dan luahan rasa ini...
moga anda semua memahami dengan indah dan fahami isi patinya..
semuanya berkaitan diri semua kita...
jika ada sebarang komen, ulasan, respon, kritikan dan dorongan sila hantarkan sahaja "post" anda ke dalam "blog" saya ini...
terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda semua...

"MAJULAH SASTERA UNTUK SEMUA DAN SAMA - SAMA KITA TINGGIKAN MARTABAT BAHASA MELAYU YANG KITA CINTAKAN DAN SAYANGKAN"