Tuesday, May 12, 2009

KURSUS KEPIMPINAN JPP ZON SARAWAK 2009

Lama sudah tidak membelek blog saya ini. Rasanya hampir seminggu tidak memberi curahan rasa dan intipati ini. Untuk pengetahuan semua, saya baharu sahaja balik dari menghadiri satu kursus yang memberi berjuta rasa dan makna dalam diri saya ini. Tanggal 10 Mei hingga 12 Mei 2009, Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)Peringkat Zon Sarawak anjuran IPGM Kampus Sarawak, Miri telah diadakan di Eastwood Valley Golf & Country Club. Kursus sepanjanga 3 hari 2 malam tersebut telah disertai oleh semua IPGM Zon Sarawak iaitu Kampus Sarawak Miri,Kampus Batu Lintang, Kampus Tun Abdul Razak dan Kampus Rajang. Objektif utama kursus ini diadakan adalah mempertemukan semua JPP seluruh Bumi Kenyalang dan berfikir, membuat resolusi dan seterusnya membawa permasalahan yang dihadapi semua guru pelatih di IPGM masing - masing dimana perkara ini akan dibawa ke persidangan kebangsaan pada Jun hadapan. Apa yang penting dalam kursus ini adalah kita mahukan tranformasi dan satu gelombang perubahan yang akan lebih menjadikan kehidupan kita di IPGM lebih selesa dan kondusif. Apa yang kita mahukan jga adalah hak kita yang mana kita tidak ketahui tetapi ia merupakan hak kita sebagai guru pelatih. Saya percaya selepas kursus ini melabuhkan tirainya, para YDP IPGM masing - masing akan bertindak lebih asertif dan radikal untuk melihat kejayaan kepimpinan yang telah dipertanggungjawabkan. Seharusnya kita perlu ingat, kita hidup di muka bumi ciptaan Tuhan ini telah dikurniakan dua pilihan iaitu kejayaan atau kegagalan..

Saturday, May 9, 2009

" PELITA HIDUP "














salam sastera semua..
kini saya melangkah setapak lagi dalam sastera Melayu..
saya dalam usaha untuk menghasilkan karya iaitu skrip drama musikal. Hasilnya saya serba sedikit belajar dan mengenali apa itu drama musikal dan penghasilan skripnya. moga apa yang saya hasilakn ini akan dimanfaatkan sepenuhnya. Saya masih belajar dan bertatih dalam sastera ini.
Cerita yang bakal diutarakan ini adalah bertemakan tentang keilmuan. Pada masa kini zaman globalisasi ilmu adalah wahana yang cukup penting dan memberi manfaat kepada penghuni dunia ini. Ilmulah yang menjadi alat perpaduan, perhubungan dan kemajuan sesuatu bangsa. Tanpa ilmu dunia akan gelap dan kosong jiwa penghuninya. Ilmu dunia dan akhirat ibarat aur dengan tebing, tiada pemisah dan amat penting kedua –duanya. Kedua –duanya merupakan santapan jiwa nurani manusiawi.
Dalam teater ini membawa kita merenung dan berfikir sejenak serta muhasabah diri untuk memahami betapa pentingnya ilmu kepada “rupa paras “ kehidupan manusia di dunia. Jika ilmu tidak dicari, nescaya tidak akan datang bergolek ilmu mencari kita. Dalam teater musical “ Pelita Hidup” ini membawa kita meneroka cara hidup dan mentaliti masyarakat kampung dan fahaman mereka berkaitan ilmu. Bagaimana ilmu itu berfungsi dan perjalanan ilmu itu mempengaruhi kehidupan anak – anak mereka suatu hari nanti. “ Payung Hidup” mengisahkan hidup dan nasib Mamat dalam meniti alam remaja yang penuh pergolakan dan cabaran. Mamat sememangnya seorang yang mahu belajar dan cintakan ilmu terpaksa diberhentikan sekolah oleh ibu bapa kerana kemiskinan dan hidup umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Keluarga Mamat amat susah kerana tiada latar belakang pendidikan yang sempurna. Bapanya hanya bersekolah satakat tahun dua dan maknya tiada peluang untuk bersekolah. Jadi secara tidak langsung mempengaruhi mentaliti mereka mengatakan ilmu itu tidak penting dan membuang masa.
Itulah serba sedikit salam perkenalan dengan skrip yang saya hasilkan. Moga saya skrip dan cerita ini diterima untuk dipersembahkan dalam pertandingan drama Piala Ketua Menteri antara IPGM di Sarawak. Sama - samalah kita berdoa...

" PELITA HIDUP "

Wednesday, April 8, 2009

AMANAH


Tugas mendidik merupakan amanah yang begitu besar dan perlukan kesediaan diri yang utuh dan bersemangat. Gambar diambil semasa penulis sedang melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Encik Buyong, Kuching.

Tuesday, April 7, 2009

ceramah SK Sungai Poyan Limbang



sekitar program ceramah khidmat pendidikan di Sk Sungai Poyan di Limbang Februari lepas..

sepetang bersama Jaya Ramba

kenangan yang munkin diri ini lupakan tatkala berhadapan dan bersembang dengan saudara Jaya Ramba. beliau salah seorang penulis yang bergiat aktif di Bumi Kenyalang kita in dan banyak menerima anugerah dan memenangai hadaiah hasil dari penulisan yang beliau hasilkan. tujuan saya berjumpa saudara Jaya Ramba adalah mahukan tunjuk ajar dan bimbingan beliau dari aspek penulisan puisi dan cerpen. banyak ilmu yang diberi beliau dan tips yang berguna. memang benar kata orang tak kenal maka tak cinta. Jaya Ramba seorang yang tenang, ikhlas rupa wajahnya telah memberi semangat dan harapan untuk saya lebih serius dan mendalami ilmu penulisan dari beliau. sekarang beliaulah guru saya dalam kesusasteraan ini. segala pesanan dan tunjuk ajar beliau akan saya ingat dan jadikan satu "cara" untuk saya aktif dan mendalami ilmu penulisan. sememangnya saya masih mentah dan setahun jagung dalam penulisan dan sastera ini. saya juga mengucaokan syabas dan tahniah kepada saudara Jaya Ramba kerana telah berjaya menjadi "dj" untuk satu rancangan terbitan RTM Miri iaitu Randau Sastera yang ke udara setiap hari Ahad jam 8 hingga 9 malam.